Sukan Olimpik Belia di Singapura akan diakhiri dengan penutupan yang tidak kurang hebat dari pembukaan. Lapan atlit remaja akan dipilih untuk memberi pengucapan atas nama semua sukarelawan. Dikatakan ini adalah peluang terbaik untuk mereka. Semangat para peserta remaja bakal menjadi tumpuan pada acara penutup selepas 14 hari mereka bertarung di gelanggang dengan semangat sukan yang tinggi, pada masa yang sama menyemai semangat Olimpik, persahabatan dan menghormati antara satu sama lain. Upacara penutup, yang dijangka berlangsung selama 100 minit, akan melibatkan persembahan Semangat Remaja oleh 800 pelajar dari St Theresa’s Convent, yang telah menjalani latihan sejak Mei lalu.
Pada pendapat saya, Singapura sudah berjaya menjadi tuan rumah sukan yang sangat berprestij ini. Sukarelawan dan para atlit pantas menerima penutupan yang menarik. Tetapi Singapura gagal mengiklankan seperti Cina di Olimpik Beijing. Tidak ramai yang tahu tentang sukan ini. Harap Singapura dapat menjadi tuan tumah pada Olimpik dewasa pada masa depan, dan pada hari itu, Singapura harus mendapat banyak pengiklanan. Juga, gelanggang-gelanggang di Singapura tidak bertahap tinggi. Seperti contoh, stadium Jalan Besar hanya dapat menampung kurang dari 10 ribu orang…