Selepas PSLE di sekolah rendah pada dua tahun yang lepas, sekolah saya ada membuat beberapa aktiviti-aktiviti untuk mengisi waktu sebelum ke sekolah menengah.
Antara satunya adalah percutian ke Melaka. Sangat menyeronokkan. Itulah memori yang terbaik yang saya ada bagi darjah enam.
Untuk 3 hari 2 malam, kami menginap di sebuah hotel perdana di bandar Melaka. Kamu boleh tersantuk hanya dengan berbaring di dalam tab mandi! Perjalanan ke Melaka dari Singapura mengambil sekurang-kurangnya 4 jam. Di dalam bas, untuk mengisi masa, kami mengadakan pertandingan nyanyi. Suhaidi memenangi pertandingan itu dan memenangi $5. Saya tidak tahu yang suara Suhaidi sangat merdu hingga ke hari itu.
Pada hari pertama juga kami telah ke ladang kelapa untuk mendapatkan getah.
Di hotel, katilnya sangat selesa.
Pada hari kedua kami pergi ke “Rumah Malaysia”. Taman yang memaparkan jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia. Saya merakam ini di bawah.